Perguruan silat

Perguruan silat adalah institusi tradisional pentadbiran Silat Melayu. Ia bersandar kepada hakikat bahawa sejak awal zahirnya ilmu silat ke alam Melayu, pekembangannya adalah berpaksikan pengasas atau guru yang menyampaikan ilmu silat tersebut. Silat telah berkembang secara meluas di kawasan Asia Tenggara sejak lama dahulu dan kini berkembang secara meluas di seluruh dunia dengan kewujudan beberapa pusat latihan perguruan silat yang diwujudkan di seluruh dunia.Kaedah penyebaran dan pengajaran berlangsung terus di antara guru dan murid. Salah satu syarat kelayakan utama penerimaan menjadi murid adalah tahap taat dan patuh seseorang murid kepada guru. Ilmu silat yang dikuasai oleh guru-guru tersebut hanya akan diturunkan kepada murid-murid yang dipercayai sahaja. Lazimnya, seorang murid akan menuntut daripada seorang guru sehingga khatam ataupun tamat. Murid yang belum puas menimba ilmu akan berpindah dari guru ke guru sehingga murid tersebut mencapai tahap guru. Setelah mencapai tahap guru, murid tersebut pada kebiasanya akan mengasaskan perguruannya sendiri. Justeru itu tidak hairanlah pada masa kini terdapat pelbagai perguruan silat di Malaysia.